Sekolah kebangsaan Pauh Lima,sekolah yg telah menjadi tempat pertama aku mengenal huruf,belajar membaca,bermain dan berkawan.Sekolah ini ibarat rumah kedua aku,dari pukul 7 pagi hingga 1 tengahari,balik rumah hanya dua jam untuk makan dan mengaji Al-Quraan,dan sambung balik ke sekolah pukul 3 petang untuk menghadiri mesyuarat dalam persatuan yang aku masuk,pukul 4 lebih aku ada latihan sukan sampai pukul 6 lebih.
Cerita pasal sukan di sekolah ni,semua sukan yang sekolah aku bertanding aku akan disenaraikan,bola,olahraga,sepak takraw,choh dan banyak lagi.Hingga lah ke sukan antara rumah-rumah di sekolah ni,tak ada rasa penat setiap kali bersukan demi untuk menaikkan nama sekolah ni.
Apa pun penghargaan untuk tenaga pengajar sekolah ni kerna banyak membantu bukan aku seorang tapi seluruh penduduk kampung Pauh Lima yang bersekolah di sini.