Saturday, February 19, 2011

World kite festival



Semalam bertempat di padang layang-layang Pasir Gudang berlansung festival layang-layang yang menyaksikan beribu dengan pelbagai jenis layang-layang dari seluruh dunia di naikan di padang ini.

Friday, February 18, 2011

S.K.P.L


Sekolah kebangsaan Pauh Lima,sekolah yg telah menjadi tempat pertama aku mengenal huruf,belajar membaca,bermain dan berkawan.Sekolah ini ibarat rumah kedua aku,dari pukul 7 pagi hingga 1 tengahari,balik rumah hanya dua jam untuk makan dan mengaji Al-Quraan,dan sambung balik ke sekolah pukul 3 petang untuk menghadiri mesyuarat dalam persatuan yang aku masuk,pukul 4 lebih aku ada latihan sukan sampai pukul 6 lebih.
Cerita pasal sukan di sekolah ni,semua sukan yang sekolah aku bertanding aku akan disenaraikan,bola,olahraga,sepak takraw,choh dan banyak lagi.Hingga lah ke sukan antara rumah-rumah di sekolah ni,tak ada rasa penat setiap kali bersukan demi untuk menaikkan nama sekolah ni.
Apa pun penghargaan untuk tenaga pengajar sekolah ni kerna banyak membantu bukan aku seorang tapi seluruh penduduk kampung Pauh Lima yang bersekolah di sini.

Saturday, February 5, 2011

KENANGAN TERINDAH ULU TEMBELING











kehidupan kampung pedalaman Ulu Tembeling. Ada 5 kampung besar di Ulu Tembeling iaitu Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan Kampung Bukit Mat Daling. Terdapat juga kampung-kampung kecil yang berhampiran dan banyak yang kurang berpenghuni malah ada yang ditinggalkan.
Kampung-kampung pedalaman Ulu Tembeling begitu cantik, permai, tenang, dengan panorama sungai, bukit dan hutan serta kehidupan cara kampung tradisional yang unik masih ada di Ulu Tembeling. Tidak ada lagi kampung yang sebegini di Semananjung Malaysia. Sejak Malaysia merdeka 53 tahun dulu kehidupan tradisional penduduk Ulu Tembeling tidak ketara berubah cara hidup kehidupan tradisional kerana tiada jalanraya yang menghubungi kampung-kampung pedalaman Ulu Tembeling ini dari bandar Jerantut.
Projek jalan Ulu Tembeling fasa pertama dari Kampung Tuit (Kuala Tahan) ke kampung Pagi yang sedang dalam pembinaan dijangka siap menjelang 2013. Dijangka lagi empat tahun baru siap fasa ke dua dan fasa ketiga terus ke Kampung Bukit Mat Daling iaitu pada 2017. Maka sekarang ini penduduk pedalaman ini hidup dalam kesusahan kerana tidak dapat menjual barangan dan hasil pertanian mereka dengan cepat kerana masalah pengangkutan yang hanya melalui perkhidmatan perahu bot panjang hilir mudik di sepanjang Sungai Tembeling.