Monday, April 11, 2011

Senarai Menteri Besar Kelantan

Senarai menteri besar yang pernah mentadbir negeri kelantan hingga ke hari ni,pada yang dah kembali ke rahmatullah kita sedekah kan lah al fatihah,kerna jasa-jasa mereka pada rakyat kelantan.

Sunday, April 10, 2011

Jering Rebus

Satu lagi makanan orang kelantan yang muncul setiap musim bah (banjir),Jering rebus biasa di hidang dgn kelapa parut di gaul dgn gula dan garam.

Maggi Ketam


Maggi ketam sudah mula popular di kelantan,sudah banyak kedai yang menjual masakan ini iaitu di pauh sembilan bachok dan cherang ruku pasir putih.Pada penggemar maggi apa tunggu lagi jom pergi test dulu (dinasihat sebelum pesan tanya dulu harga semangkuk) selamat mencuba....

Friday, April 8, 2011

Bicara sabtu


Pagi ni bercuti di subang ss18 bersama keluarga mertua yg baru blk dari umrah,sambil menanti sarapan pagi sempat lah menaip blog ni di iringi lagu-lagu klasik dari klasikFM.Radio milik penuh kerajaan,yang menyiarkan lagu-lagu lama pada zaman awal 60an hingga akhir 80an.Chanel ni memang kesukaan bapa mertua yg membesar dgn lagu-lagu klasik ini.Sebenarnya lagu-lagu dari klasikFM ni ada golongan peminatnya sendiri,walaupun radio klasik ni tidak didengari oleh golongan muda zaman ini,bagi golongan yg meminati siaran klasik ni akan mendengar dan setia pada nya. Lagu-lagu lama bg saya sangat unik didengari di tambah dgn alunan muzik klasik yg susah untuk didegari pada zaman ini.Muzik moden sekarang sudah tidak ada unsur-unsur kemalayuan,maksud saya muzik sekarang tak asli,kerna kebanyakan nya di tiru dan di pengaruhi muzik barat.Tak salah mendengar muzik moden tapi jangan lupa pada yang lama. Muzik akan lebih menarik jika muzik itu di alun mengikut irama mood seseorang pada ketika itu mungkin dapat menghiburkan kita mendengar nya.