Friday, September 7, 2012

Pekan Lama Pauh Lima

                                Pekan Pauh Lima Suatu Ketika Dahulu
                                                   
                                 Arwah Bapa Saudara Hj Kori Bin Kadir

  Ini lah nostalgia kenangan silam yang tak dapat di lupakan bila melihat gambar pekan lama kedai Pauh Lima yang dulu menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk mendapatkan bahan-bahan asasi mereka.
 Di sini juga aku bersama adik-beradik ku membesar bersama kasih sayang ibu,bapa,atok,nenek,pakcik,makcik dan sepupu-sepapat ku.Di kampung ini aku berkawan dan bermain sesuka hati ku berlari ke hulu dan kehilir ,disawah,di tali air,di parit dan dipadang bola tapi di pantau setiap gerak-geri ku ,kerna orang kampung amat mengenali siapa diri aku dan hubungan kekeluargaan yang rapat antara satu sama lain adalah sebab utama aku dipantau yang juga bagi memastikan keselamatan ku dan yang lain ,jika aku melakukan kesalahan tak sampai 1jam abah/mami atau nenek ku akan tahu.
 Aku bertuah dapat bapa saudara seperti arwah ayah Kori ,sangat penyayang tapi tegas(kalu tegas tu ada sedikit garang lah) tp tak pernah garang pada aku ,dia selalu bawa aku pergi bermain-main dengan binatang peliharaan nya seperti kuda,ayam,beruk,burung,landak dan lain-lain ,pernah dia bawa aku ke tempat lumba kuda di padang raja kg Gunong siap ada jockey sekali .Sekarang aku sudah jadi sebahagian dari jiwa ayah Kori ,aku suka bela binatang burung,beruk,ayam,ikan dan lain-lain, bila pergi rumah dia terdengar bunyi haiwan peliharaan nyer macam dekat zoo pula .Masa dia pergi menunaikan Haji di Mekah binatang peliharaan nyer di beri pada kawan-kawan ,mungkin dia sudah tahu ape yang kita boleh fikir dengan akal fikiran kita .Al-fatihah untuk Arwah Ayah HJ.KORI BIN KADIR.
 Pauh Lima kini hanya tinggal kenangan yang terindah buat diri aku ,aku bercita-cita dan berazam untuk balik kembali ke kampung halaman ku ini insyaallah.....terlalu banyak kenangan indah disini walaupun semua sudah kembali ke tempat asal bertemu ilahi...Pauh Lima kini tak akan kembali ke Pauh Lima yang dulu....cuma kita manusia yang harus berubah dan kembali kepada kita yang dulu .Salam Pauh Lima


Friday, June 29, 2012

Ramah Mesra Anak Kelantan Di Johor

                                            MSO dan bakal2 wakil rakyat
                                                    Tamrin Ghafar
                                                     
YB salahuddin,Tamrin dan Hairie                                

 Tadi telah berlansung himpunan anak-anak kelantan di johor bharu yang diadakan di kawasan PPR Kempas,kira-kira 1ribu rakyat kelantan di perantauan berkumpul sambil bertemu mata dgn pemimpin-pemimpin negri kelantan diantaranya salahudin ayub,Wan Nik bersama artis Hairie dan Tamrin Ghafar yang sepatutnya di hadiri Tok Guru MB tp terpaksa akur Tok Guru MB ada hal-hal lain yg .perlu di selesaikan,tp takpe majlis berlansung dgn jaya nye walaupun tanpa kelibat tok guru,tetamu tetap di hidang dgn gulai lembu di samping beramah mesra dgn pemimpin yg hadir..namun di sebelah mlm akan berlansung ceramah himpunan hijau bersama tok guru,Hairie dan lain-lain.

                             

Sunday, February 12, 2012

Ikan laga la plak....

Kenapa ikan laga mendapat sambutan??

Ikan laga mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran kecantikan dan keunikan warna serta corak yang terlukis pada sayapnya dan harganya semakin tinggi sekiranya kedua-dua faktor tersebut semakin terserlah. Sayap ikan laga itu juga semakin menghampiri bentuk separuh bulan iaitu seperti kipas yang sangat cantik pada usia dua setengah bulan sehingga empat bulan iaitu tempoh yang paling cantik dan ditunggu oleh peminatnya.

Harga seekor ikan laga??

Harga yang paling tinggi yang pernah dicatat setakat ini, seekor ikan laga pada harga RM250 iaitu gred terbaik manakala ikan laga pada harga pertengahan pula mencecah sehingga RM100 hingga RM200.

Penjagaan secara komersial agak rumit.

Sebenarnya penjagaan ikan laga ini agak rumit dan cerewet terutamanya dari segi penjagaan air dan makanan yang merupakan dua aspek penting dalam memastikan peratus hidup anak-anak ikan laga tinggi. Air, contohya perlu digantikan dua hari sekali manakala makanan pula perlu diberikan sebanyak dua kali sehari.

Selain perlu memastikan kandungan air yang tidak terlalu banyak, ia juga perlu bebas daripada klorin sama ada menggunakan teknologi penapis atau ubat anti klorin yang boleh didapati di pasaran. Sekiranya menggunakan air paip biasa pula, ia perlu dibiarkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya selama 2 hingga 3 hari sebelum boleh digunakan.

Makanan pula diberikan pada sebelah pagi dan petang sama ada cacing merah atau jentik-jentik. Cacing merah ini juga boleh didapati di mana-mana kedai ikan hiasan dalam bentuk tablet dan perlu dibasahkan dahulu sebelum diberikan kepada ikan laga. Bagaimanapun, tidak diggalakkan ikan laga diberi makan pallet kerana ia boleh menjejaskan kualiti air.

Ikan laga jantan lebih cantik dan lebih besar daripada betina dan kebiasaannya proses mengawan akan berlaku sebaik ikan laga mencapai umur kira-kira tiga bulan. Untuk tujuan mengawan, ikan laga jantan dan betina akan diletakkan di dalam bekas yang sama selama kira-kira dua hingga tiga hari dan proses mengawan dipastikan berlaku apabila ikan laga betina menjauhkan diri dari ikan laga jantan.

Ketika ini, ikan laga betina akan diasingkan dan ikan laga jantan akan dibiarkan menjaga telur-telur ikan tersebut di dalam buihnya sehingga menetas iaitu kira-kira beberapa hari kemudiannya. Sebaik menetas anak-anak ikan itu yang berjumlah beratus-ratus ekor akan diasingkan bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan jantan dewasa dan diletakkan di dalam bekas yang lebih besar.

ikan laga bertelur, proses mengawan ikan laga, ikan laga bersenyawa

Ketika proses bertelur!

Cara penjagaan dalam proses pembiakan:
Ikan ini berkembang dengan cara bertelur dan telurnya melekat pada substrat seperti akar tanaman, daun-daun atau serabut rapia.

Langkah-langkah yang perlu diketahui :

  1. Pilihlah induk yang baik dan jantan yang cantik dan agresif.
  2. Pisahkan antara induk jantan dan induk betina dan diberi makan yang cukup selama 4 s.d. 5 hari.
  3. Masukkan induk jantan dan induk betina kedalaman tempat pemijahan (toples, aquarium, ember, baskom) yang telah diberi tanaman air (eceng gondok atau serabut rapia dengan kedalaman air ± 25 cm).
  4. Setelah 2-3 hari akan terlihat telur menempel pada daun atau rapia.
  5. Pindahkan yang betina dan beri makan secukupnya.
  6. Selama 2-3 hari anak ikan tersebut tidak diberi makan karena masih ada persediaan kuning telur dalam tubuhnya.
  7. Selama 2-3 hari kemudian anak-anak ikan tersebut perlu diberi makan infosuria selama 3 hari kemudian diberi makan kutu air yang disaring selama 10 hari dan setelah itu dapat diberi kutu air tanpa disaring.

Induk ikan yang diberi makan cukup baik, setelah 2-3 minggu dapat dipindahkan kembali. Anak-anak ikan laga dapat dijual setelah berumur 2 bulan.

Peringatan:

  1. Jangan meletakkan apa – apa batu di dalam tangki mengawan.
  2. Tumbuhan amat penting.
  3. Selepas mengawan, ikan jantan ini akan menghalau ikan betina dari sarang – sarangnya. Pada masa ini , eloklah jika ikan betina dibawa keluar dari tangki tersebut
  4. Selepas anak ikan berenang bebas , keluarkan ikan jantan dari tangki tersebut. Anak ikan akan membesar di dalam tangki mengawan itu.

Beralih tempat mengundi

Bismillah.....aku betul2 tak berpuas hati dgn SPR hari ni,terkejut bila cek nama daftar pemilih aku telah ditukar ke melaka,pelik sebab aku tak pernah pun memohon untuk betukar tempat mengundi asal aku di kelantan.Kenapa ini terjadi...?Adakah aku telah di aniaya..apapun aku akan cuba berusaha untuk memindahkan kembali tempat aku mengundi ke tempat sebelumnya.

Sunday, December 11, 2011

LONDON 12/11/11

Eyes of London
London Tower
Diana Garden London
Bersama isteri Di Royal Albert Hall

12/11/2011 adalah hari paling bertuah kami suami isteri kerna dapat melancong ke London & Scotland,terima kasih pada ibu&bapa mertua kerana banyak membantu kami untuk sampai ke sini, alhamdulillah,dan juga adik ipar Amin yang jadi pemandu pelancong untuk kami.

Friday, October 21, 2011

OLD KAABA






























Al Rawsha Arab restaurant





Restaurant arab terbaik sekitar lembah klang dengan hidangan masakan asli arab.