Saturday, April 11, 2015

Malim ikan bakar @simpang 4 cheng

Malim ikan bakar..melaka memang terkenal dengan ikan bakar umbai,tidak ketinggalan Malim ikan bakar juga popular di melaka,beza nya di sini di buka bermula dari pagi sampai makan tengahari.Hidangan di sini seperti nasi campur dengan pelbagai lauk paukdi samping ikan bakar,disini ikan bakar di perah asam limau keatas ikan yang sudah dibakar dan di letak kuah kicap yang memang sedap,harga sedikit mahal tapi puas hati insyaallah👌.3.5/5 bintang selamat mencuba



Friday, April 10, 2015

nasi goreng seafood @modern fishing point,stulang laut

Nasi goreng sea food,terletak di stulang laut sangat popular di kalangan penggemar seafood,cara menggoreng sangat menarik ala tanpayaki dan diletak atau dibungkus dlm daun pisang.persekitaran agak sesak sedikit di sebabkan banyak kedai bersebelahan.Nasi goreng di sini rasa nya biasa sahaja tapi sotong bakar sambal dia sedap..,boleh datang try test harga Rm7 sepinggang tak ada GST 3/5 bintang untuk modern fishing point stulang laut.



Sunday, August 3, 2014

Pengerang


 Era baru pengerang bermula dengan ada nya projek penambakan laut di Sg Kapal,terminal simpanan minyak terbesar di asia tenggara ini juga akan di ikuti oleh projek petronas yang menelan belanja puluhan bilion ringgit .

Saturday, December 15, 2012

Sekolah Ku...


SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Penubuhan Sekolah Kebangsaan Pauh Lima

Sekolah Melayu Pauh Lima telah ditubuhkan  pada tahun 1941. Awal tahun 1942 Jepun  telah memerintah Tanah Melayu, Sekolah Melayu Pauh Lima telah dipindahkan ke kampung Bukit Marak, Bachok lebih kurang 2 km dari tapak sekolah sekarang.

            Di awal tahun 1947 dibangunkan sebuah Sekolah Rakyat di atas tanah yang dipinjamkan oleh arwah Haji Abd. Rahman bin Umat (iaitu tapak Pasar Pauh Lima sekarang). Sekolah yang ditubuhkan ini dikelolakan oleh dua orang guru, dan 74 orang murid dalam 3 kelas. 

            Pada 1.8.1950 sekolah ini telah diambil alih oleh Kerajaan dengan dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan dan dinamakan Sekolah Melayu Pauh Lima.  Semasa ini sekolah ditadbirkan oleh 5 orang guru dan jumlah murid ialah 135 orang dengan 4 kelas iaitu darjah satu, dua, tiga dan empat.  Pada tahun 1953, Jawatankuasa Ibu bapa dan guru telah berusaha mencari wang dan membeli tapak tanah  Lot. No. 1343 seluas 800 D, Lot no. 1342 seluas 510 D, Lot no. 1346 seluas 700 D dan Lot no. 1464 seluas 355 D dengan harga $1,400.00 dan telah didaftarkan sebagai tapak sekolah pada 2.4.1957.

            Sekolah telah didirikan di tapak baru oleh kerajaan dengan separuh bantuan pada awal bulan Mei 1959 dengan belanja $2,800.00 dengan dua buah bangunan 100 x 20 kaki dan 90 x 20 kaki untuk menampung 340 orang murid dengan guru-guru seramai 13 orang. Pada pertengahan  tahun 1967 sebuah bangunan lama sekolah ini dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berukuran 190 x 20   kaki dan sebuah kantin dan sederet tandas. Akhir tahun 1968, bangunan tersebut digunakan dengan 6 bilik darjah dan sebuah bilik Guru Besar. Pada masa itu keramaian murid ialah 425 orang dengan 16 orang guru. Pada 19.3.1969 bersamaan 1 Muharram 1389 bangunan itu dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Manteri Pelajaran Malaysia iaitu En. Khir bin Johari.

Monday, December 3, 2012

Dalam Kenangan ....Al-fatihah


Pelawak Osman Kering menginggal dunia

0NRAo osman kering kritikal
Pelawak terkenal tanah air Osman Kassim atau lebih dikenali dengan nama Osman Kering meninggal dunia hari ini akibat batuk kering.

Osman, 58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di ibu negara pada kira-kira pukul 3.45 petang.

Osman yang berasal dari Pauh Lima, Kelantan, meninggalkan seorang balu Che Norhayati Che Omar, 48, dan tujuh orang anak serta tiga cucu.






Anak keempatnya Norhidayah Osman berkata bapanya itu telah lama menghidap penyakit batuk kering dan dimasukkan ke HUKM sejak 11 Jun lepas bagi menerima rawatan.

Jenazah allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al Najihin, Bandar Sri Pemaisuri di sini sebelum dikebumikan di Tanah Pekuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya selepas Maghrib.

Osman telah berkecimpung dalam dunia seni lebih 30 tahun dan antara filem yang dibintanginya ialah "Kantoi", "Senario The Movie Episod 1", "Tentang Bulan" dan "Man laksa".

Norhidayah berkata sebelum menghembuskan nafas terakhir arwah bapanya ada berpesan agar menjaga ibu mereka dengan baik selain sering memberitahu bermimpikan rakan artisnya yang telah meninggal dunia.

"Ayah ada memberitahu dia kata dia pernah bermimpi (berjumpa allahyarham) M Rajoli dan Zami Ismail dan mereka berbual sekali. Sebelum meninggal dunia ayah sering bermanja dengan kami dan berbual-bual," katanya.

Beliau tidak menduga gurauan bapanya sebelum ini merupakan kali yang terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Sementara itu, penyanyi Siti Nordiana Alias atau dikenali dengan nama Nana berkata, beliau mengenali Osman sebagai seorang pelawak yang sangat sporting.

"Sepanjang Nana kenal dia, dia banyak beri tunjuk ajar pada Nana, dan Nana pun rapat dengan keluarganya, Nana rasa arwah seorang yang sukar dicari ganti," katanya yang ditemui ketika menziarah di kediaman allahyarham di Bandar Sri Permaisuri. 

Saturday, September 8, 2012

Hari Raya Di Doha ,Qatar





  Teringat suasana hari raya di perantauan bersama perkerja-perkerja UEM Abu Samrah Highway project ,bersembahyang raya di kedutaan malaysia di Doha beramah-mesra dan berkenalan dengan warga malaysia yang turut sama berhari raya di perantauan sambil menikmati hidangan masakan traditional melayu yang disediakan oleh pihak kedutaan disana.
 Walaupun berjauhan dan tak dapat bersama keluarga di kampung namun kemeriahan perayaan tetap dirasakan bersama-sama kawan-kawan perantauan meraikan hari yang berbahagia ini dengan bermaaf-maafan sesama kita dan kunjung mengunjung kerumah walaupun tak sebanyak rumah yang dikunjungi di malaysia.Di sebelah malam berkumpul disuatu tempat sambil menjamu hidangan masakan sendiri dan barbecue ayam,kambing dan seafood.Di negara arab setiap majlis kalau tak ada sisha memang tak lengkap ,kami turut menyediakan sisha dengan pelbagai jenis perisa tembakau strawberry,apple,mango,pineapple dan sebagainya.
 Terima kasih pada kawan-kawan yang turut bersama meraikan hari raya di perantauan ,demi tugas dan tanggungjawab pada keluarga kita sanggup korban apa yang kita kecapi selama ini,Tahniah....tanpa anda siapa la UEM ,hehehehe...SELAMAT HARI RAYA Untuk semua...TAkbirrr!!!!ALLAHUAKBAR....Amiin Wassallaammm....

Friday, September 7, 2012

Pekan Lama Pauh Lima

                                Pekan Pauh Lima Suatu Ketika Dahulu
                                                   
                                 Arwah Bapa Saudara Hj Kori Bin Kadir

  Ini lah nostalgia kenangan silam yang tak dapat di lupakan bila melihat gambar pekan lama kedai Pauh Lima yang dulu menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk mendapatkan bahan-bahan asasi mereka.
 Di sini juga aku bersama adik-beradik ku membesar bersama kasih sayang ibu,bapa,atok,nenek,pakcik,makcik dan sepupu-sepapat ku.Di kampung ini aku berkawan dan bermain sesuka hati ku berlari ke hulu dan kehilir ,disawah,di tali air,di parit dan dipadang bola tapi di pantau setiap gerak-geri ku ,kerna orang kampung amat mengenali siapa diri aku dan hubungan kekeluargaan yang rapat antara satu sama lain adalah sebab utama aku dipantau yang juga bagi memastikan keselamatan ku dan yang lain ,jika aku melakukan kesalahan tak sampai 1jam abah/mami atau nenek ku akan tahu.
 Aku bertuah dapat bapa saudara seperti arwah ayah Kori ,sangat penyayang tapi tegas(kalu tegas tu ada sedikit garang lah) tp tak pernah garang pada aku ,dia selalu bawa aku pergi bermain-main dengan binatang peliharaan nya seperti kuda,ayam,beruk,burung,landak dan lain-lain ,pernah dia bawa aku ke tempat lumba kuda di padang raja kg Gunong siap ada jockey sekali .Sekarang aku sudah jadi sebahagian dari jiwa ayah Kori ,aku suka bela binatang burung,beruk,ayam,ikan dan lain-lain, bila pergi rumah dia terdengar bunyi haiwan peliharaan nyer macam dekat zoo pula .Masa dia pergi menunaikan Haji di Mekah binatang peliharaan nyer di beri pada kawan-kawan ,mungkin dia sudah tahu ape yang kita boleh fikir dengan akal fikiran kita .Al-fatihah untuk Arwah Ayah HJ.KORI BIN KADIR.
 Pauh Lima kini hanya tinggal kenangan yang terindah buat diri aku ,aku bercita-cita dan berazam untuk balik kembali ke kampung halaman ku ini insyaallah.....terlalu banyak kenangan indah disini walaupun semua sudah kembali ke tempat asal bertemu ilahi...Pauh Lima kini tak akan kembali ke Pauh Lima yang dulu....cuma kita manusia yang harus berubah dan kembali kepada kita yang dulu .Salam Pauh Lima