Saturday, September 8, 2012

Hari Raya Di Doha ,Qatar





  Teringat suasana hari raya di perantauan bersama perkerja-perkerja UEM Abu Samrah Highway project ,bersembahyang raya di kedutaan malaysia di Doha beramah-mesra dan berkenalan dengan warga malaysia yang turut sama berhari raya di perantauan sambil menikmati hidangan masakan traditional melayu yang disediakan oleh pihak kedutaan disana.
 Walaupun berjauhan dan tak dapat bersama keluarga di kampung namun kemeriahan perayaan tetap dirasakan bersama-sama kawan-kawan perantauan meraikan hari yang berbahagia ini dengan bermaaf-maafan sesama kita dan kunjung mengunjung kerumah walaupun tak sebanyak rumah yang dikunjungi di malaysia.Di sebelah malam berkumpul disuatu tempat sambil menjamu hidangan masakan sendiri dan barbecue ayam,kambing dan seafood.Di negara arab setiap majlis kalau tak ada sisha memang tak lengkap ,kami turut menyediakan sisha dengan pelbagai jenis perisa tembakau strawberry,apple,mango,pineapple dan sebagainya.
 Terima kasih pada kawan-kawan yang turut bersama meraikan hari raya di perantauan ,demi tugas dan tanggungjawab pada keluarga kita sanggup korban apa yang kita kecapi selama ini,Tahniah....tanpa anda siapa la UEM ,hehehehe...SELAMAT HARI RAYA Untuk semua...TAkbirrr!!!!ALLAHUAKBAR....Amiin Wassallaammm....

No comments:

Post a Comment